Memperguna PEKERJA.

Dulu masa aku niaga di pasar malam. Aku ada pengalaman ambik budak2 baru berhenti sekolah kerja dengan aku. Budak2 ni memang rajin buat kerja. Sebab apa boleh buatkan depa ni rajin?

Dari pengalaman yang aku dapat.
1. Budak2 ni tak pernah pegang duit banyak. Paling banyak ada 10 dalam poket. Bila dapat gaji sehari 30 ke 50 depa memang rajin gila buat kerja.
2. Tak dak komitmen apa2. Marka xdak nak belanja tgk wayang. Naik moto pak beli atau moto abang. Jadi depa dapat duit hanya untuk suka2 p main game dekat kedai komputer, main snuker. Malam ni duit habih esok dia kerja ada duit balik.
Budak2 lagu ni kita boleh ikat depa kerja 2 3 tahun. Lepas tu kalau X jaga memang tobat depa akan sailang. Sailang tu ada banyak jenih
- p kerja tempat ada epf kwsp socso
- bukak biz yang sama macam kita.
Aku dah terkena benda2 mcm ni dulu. Sangat memberi aku pengajaran.
Apakah kesilapan yang aku x mau amik tau sebelum ni?
Dulu masa niaga aku tak sedaq dengan ada budak2 ni biz yang kecik2 ni dah boleh autorun sebenarnya, kalau aku x dak pun depa dah boleh niaga sendiri... bagi gaji dekat depa 50 ringgit aku dah boleh makan bersih 2 3 ratus satu malam.
Masa dah berlalu. Depa dah kerja 2 tahun dengan aku. Masa aku kutip depa kerja. Depa memang susah. Hp aku bagi makan aku bagi. marka xdak tapi lepas dah duduk lama kerja dengan aku.
Bila dah ada marka dah ada moto sendiri. Pemikiran budak2 ni dah ubah. Depa mula pikiaq perlukan duit lebih. Nak tanggung mcm2. Mula dah nak pikiaq nak beli kereta lepas tu nak kawin. Dengan gaji 50 depa rasa tak cukup.Aku makin kenyang depa dok macam tu jugak.
Lama2 depa cari peluang tempat lain. Atau depa pinjam duit orang jual barang yang sama mcm kita.
Nah..
Memang aku maki tak ingat dunia cerita seluruh kampung budak2 ni x kenang budi. Aku canang bg tau aku bagi macam2 p meniaga dapat makan dapat hp bilik sewa aku bayaq..
Aduhhh sedih bila ingat perangai aku dulu.
Yang aku tau masa tu nak dok sembang kedai kopi dapat duit.
Berapa tahun yuran kebodohan aku terima?
==================
KALAU aku boleh patah balik..
Budak2 ni aku bagi handle niaga 100% aku bagi modal dekat depa. Depa bagi aku gaji sehari 50 dekat aku. Untung yang lain aku bg dekat depa.
Aku plak buat niaga barang yang sama dan aku sendiri yang jaga rekrut budak baru. Buat ulang benda yang sama. Buat ulang2 boleh jual banyak barang.
Apa kelebihan aku dapat kalau buat mcm tu?
Aku ada rakan kongsi yang pandai cari duit yang pandai cari cashflow setiap hari.
Memang betul PEKERJA tu senang keluaq masuk. tapi nak dapat yang betul2 elok bukan senang amik masa yang lama.
Aku tau ramai yang senasib macam aku dan ramai jugak yang perangai macam aku dulu.
Teringat kawan aku dulu tokey buah. Dulu PEKERJA dia kutip dekat kampung bawak mai niaga. Lepas 3 tahun PEKERJA tu jadi tokey. Kawan aku tu masam muka maki hamun. Sepatutnya dia bukak 2 cawangan dah. PEKERJA dia tu bagi komisen.
Kita tak sedaq yang kita sendiri yang mewujudkan persaingan dalam niaga kita. Kita yang melatih depa pandai berniaga macam kita. Kita nak makan nasi lauk ayam tiap2 hari PEKERJA kita bagi makan nasi kicap. Kita nak naik haji tahun depan PEKERJA tunggu 60tahun.
Aku malas nak cerita dalam skala biz yang besaq. Aku cerita pengalaman aku dan kawan2 aku yang kena sailang dengan PEKERJA lepas tu masam muka xmau bercakap hahahaha.
Skarang aku paham pasaipa GAJI seorang MANAGER tinggi.
Tok guru aku pesan hang jangan bagi gaji manager 900 sama mcm mat despatch walaupun manager tu duduk saja sedangkan despatch tu buat kerja macam orang gila tgh2 panas. Hahahahaha
Next aku nak cerita kawan aku buat duit pasif dekat pasar malam.Dia dok rumah saja.
Empayar Tok Mang.

Oleh: 
Nurraimi Aman

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

1 comments: