Apakah Yang diMaksudkan Permission Marketing?

Secara literalnya, Permission Marketing bermaksud Pemasaran Berizin. Apa bezanya Permission Marketing dengan marketing sedia ada? Adakah Marketing sekarang tidak berizin?


Seth Godin mengistilahkan Marketing tradisional sebagai Interruption Marketing ataupun Pemasaran
Gangguan. Mengapa namanya begitu? Permission Marketing merujuk kepada teknik-teknik pemasaran dan pengiklanan yang 'menyelit' dan bersaing untuk mendapatkan perhatian anda dalam kehidupan seharian.

Bayangkan bagaimana keadaannya apabila kita turun ke pusat bandar. Iklan mengepung kita kiri kanan depan belakang melalui pelbagai medium. Video, bahan bercetak dan audio semuanya digunakan. Malah, peranti peribadi kita seperti tablet dan telefon bimbit turut menjadi sasaran pengiklan. Interruption Marketing mengganggu kehidupan seharian kita dalam usaha menyampaikan mesej tentang perkara yang hendak dijual.

Konsep Permission Marketing pula berbeza kerana si Marketer terlebih dahulu mendapatkan keizinan
daripada audiens sebelum memulakan perbualan. Permission Marketer tidak terus menyuakan produk
atau perkhidmatan di hadapan muka pelanggan. Malah, barangan tersebut mungkin tidak ada pun
bersama Permission Marketer pada waktu tersebut. Setelah mendapat keizinan barulah Permission Marketer mula memberikan maklumat tentang perkara yang hendak dijualnya.

-Sumber: Firdaus Ariff

SHARE ON:

Hii, I'm a freelance gostwritter. Setup this blog hanya untuk perkongsian informasi, luahan perasaan dan bebelan kosong semata-mata. Boleh komen kat bawah ye for any feedback (",). Chill!

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment